
Sulit
5 tahun
Masalah Kesihatan Period
Hi Doctor,
Saya Sue, saya nak tanya masalah period saya. Sebelum ini period saya teratur (32 hari)… Saya baru kahwin sebulan dan merancang kehamilan, period saya dah lewat… normal ke ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Terdapat kemungkinan bahawa anda hamil. Oleh itu, sila klik link dibawah untuk mengetahui cara menggunakan ujian kehamilan.
Sila klik link ini untuk mengetahui cara menggunakan ujian kehamilan dengan tepat.
Klik pada link ini untuk mengetahui cara membuat ujian kehamilan dengan betul.
(Ujian kehamilan)
Tanya Doktor Soalan Tentang Kesihatan - DoctorOnCall
Utarakan sebarang pertanyaan tentang kesihatan kepada kami. Doktor-doktor kami yang bertauliah dan berpengalaman sedia menjawab segala persoalan anda.
Ujian ini disarankan untuk dilaksanakan 1 minggu/ 2 minggu selepas lewat datang haid dan waktu pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.