
Sulit
5 tahun
Masalah kesuburan yang menyukarkn kehamilan
Saya aman,umur 24 tahun…saya dah berkahwin hampir 1tahun dan masih menantikan kehadiran chy mata…apa yg blh saya lakukan untk cepat2 mnimang chy mata…pelbagai kaedah saya dah cuba,tp masih blm ada simptom untk hamil…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kesukaran hamil ini boleh disebabkan:
- Faktor wanita seperti Sindrom Polisistik Ovari, masalah tiub fallopian
- Faktor lelaki seperti sperma kurang aktif, sperma tidak cukup
- Masalah kesihatan seperti jangkitan dalam rahim, hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.