wateva95zaza
5 tahun
Masalah ketuat di kepala
Saya wanita 25 tahun, mempunyai ketuat di kepala saya sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu… Saya tidak tahu apakah ubat atau penyelesaian untuk masalah ini… Sebelum ini, saya juga pernah mengalami ketuat di kaki dan tangan… Selepas menggunakan ubat ketuat, ianya hilang… Tetapi untuk ketuat di kepala ni, saya tidak berani untuk meletakkan apa2 kerana risau akan berlaku perkara yang tidak diingini… Oleh itu, boleh doktor bantu saya mencari penyelesaian untuk masalah ini? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah benjolan di kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- radang folikel (folliculitis)
- jerawat
- trauma
- ketuat
Maka, maklumat lanjut diperlukan bagi mengesahkan samada masalah yang anda hadapi adalah benar-benar ketuat atau sebaliknya. Hal ini kerana, rawatan adalah berdasarkan punca masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































