
Arshad
6 tahun
Masalah ketuat kaki adakah perlu pembedahan?
Salam doc. Saya ada masalah ketuat pada kaki but i’m not sure what type of ketuat is it. At first, saya nak biarkan je supaya lama lama dia hilang sendiri but kawan kawan saya keep telling me untuk dapatkan rawatan as one of my friend pernah menjalani satu pembedahan kecil untuk buang her ketuat.So what should i do? Harap doc dapat membantu, tq.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda mengenai ketuat kaki. Berdasarkan keterangan anda, nampaknya anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai ketuat plantar. Ketuat plantar adalah pertumbuhan kecil yang muncul pada bahagian kaki yang menanggung berat. Ia biasanya disebabkan oleh virus HPV. Virus HPV memasuki tubuh anda melalui luka kecil atau pecahan pada kulit di bahagian tapak kaki anda.
Jenis virus HPV ini adalah berbeza daripada yang menyebabkan ketuat kemaluan. Ketuat berpeluang merebak kepada orang lain tetapi risiko adalah kecil. Ketuat plantar boleh menyebar jika disentuh, tercalar atau dipicit. Ada faktor risiko tertentu yang membuat seseorang lebih mudah mendapat jangkitan ini. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat penyakit ini adalah kanak-kanak dan remaja, individu dengan imunisasi tubuh lemah, orang dengan dijangkiti ketuat sebelum ini, dan mereka yang sering berjalan tanpa alas kaki di kawasan lembap.
Kebanyakan ketuat akan pulih sendiri. Anda tidak perlu mendapatkan rawatan sekiranya ketuat tersebut tidak menganggu anda. Anda juga boleh merawat ketuat di rumah dengan melekat pita saluran kecil di atas ketuat dan biarkan selama enam hari sebelum mencabutnya. Ini akan menyembuhkan ketuat secara perlahan-lahan.
Anda juga boleh menggunakan ubat OTC (gel, losyen, krim) yang mengandungi asid salicylic yang berfungsi dengan mengelupas kulit. Sekiranya anda bimbang dengan pertumbuhan ketuat itu, anda boleh berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Prosedur yang boleh dicadangkan oleh doktor anda ialah membekukan ketuat dengan nitrogen cecair, mengeluarkannya dengan pembedahan laser atau menyuntik ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imun anda.

6 tahun
Salam sejahtera. Berdasarkan pernyataan saudara, kemungkinan besar anda mempunyai ketuat plantar di kaki anda. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan lapisan luar kulit oleh virus yang dikenali sebagai 'human papilloma virus'. Jangkitan ini mungkin berlaku selepas tapak kaki anda bersentuhan dengan kelupas kulit orang lain yang dijangkiti contohnya di bilik mandi dan kawasan sekitar kolam renang.
Ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa bekas luka tetapi ia mungkin memakan masa sehingga 2 tahun. Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi. Contoh-contoh rawatan ketuat plantar termasuk:
- Asid salisilik
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain: Gel formaldehyde, gultaraldehyde, nitrate perak, dithranol, podophyllotoxin, asid trichloroacetic dan suntikan bleomycin.
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda:
- Mempunyai ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Tidak pasti diagnosisnya
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif