
Sulit
4 tahun
Masalah kitaran haid dan haid melebihi 15 hari
Saya wanita berumur 25 tahun. Sya mengalami masalah kitaran haid. Kali terakhir sya haid pada bulan 10 2020. Tpi Pada 11 mac 2021 sya haid dan ia lebih 15 hari. Sya sudah berjumpa dengan doktor dan diberi ubat (Desirett). Selang 3/4 hari darah berhenti tetapi masih ada keputihan berwarna coklat. Pada hari ini (2 april 2021) darah kembali cair seperti darah haid. Mohon penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, perubahan terhadap darah haid anda berkemungkinan besar berkaitan dengan pil ubat yang anda ambil pil ubat tersebut mengandungi hormon yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur atau haid berlebihan. Ia berlaku kerana adaptasi faktor hormon dalam badan anda. Beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah haid berlebihan ini adalah:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Untuk mengetahui penyebab bagi masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sila pantau gejala anda dan segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:
- pendarahan haid yang terlalu banyak
- lesu, letih dan tidak bermaya
- bibir menjadi pucat
- pening kepala
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!