
Anonymous
6 tahun
Masalah kitaran haid semenjak usia muda
Saya wanita berusia 25 tahun. Mengalami masalah kitaran haid yang panjang. kitaran haid saya pada awal baligh ialah 17 hari selama setahun. setelah meningkat dewasa, kitaran haid saya semakin panjang dalam lingkungan 45-60 hari. berat badan sy juga meningkat dr 58kg ke 70 kg dalam tempon 2 tahun. apa yang perlu saya lakukan dan komen dr tentang masalah sy. terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.