
Geniva
6 tahun
Masalah kitaran haid yang merungsingkan
Hai Doctor. Saya berumur 26 tahun dn sudah berkahwin selama 7 bulan. Dr di cni saya ingin memberitahu dan ingin tahu apa penyelasaian masalah saya. Saya menghadapi masalah period yg tidak teratur seja saya dah berkahwin. Sementara itu juga saya mahu menanyakan beberapa soalan kepada doctor. Sy berkahwin pada 13.08.17 dan period saya datang pada 12.08.17 sehari sebelum saya berkahwin. Selepas semingu haid saya juga tidak berhenti. Setelah itu, saya dan suami melakukan hubungan sementara haid saya belum berhenti. Hari keesokannya saya dapati haid saya sudah berhenti dn begitu juga hari keesokannya. Selepas bulan yg kedua iaitu bulan 9 saya tidak datang bulan, bulan 10 dan bulan 11 juga begitu. Awal bulan 11 saya pergi berjumpa doctor di Polyclinic Permai dan sy beritahu doctor sy sudah 2 bulan lebih tidak datang haid.setelah itu doctor memeriksa kencing sy dn resultnya positif.doctor memberikan saya ubat untuk haid. Dan saya habis memakannya. Bulan 12 saya sudah period, dalam 3hari period sy sudah berhenti.biasanya 4-5hari period saya. So, bulan 1,2 dan sehingga hari ini 22.03.18 period saya masih belum datang. Soalan sy pertama, boleh kah saya melakukan hubungan sex ketika masih haid??
Soalan kedua, apakah sebab-sebab berlakunya masalah lambat datang bulah malah berbulan2??
Soalan ketiga, sekiranya haid tidak teratur adakah menjadi masalah untuk saya mengandung??
Akhir kata, saya sangat berharap doctor dapat membalas message saya dan menjawab ketiga2 soalan saya.

6 tahun
Salam sejahtera.
1.Ya, anda boleh melakukan hubungan seks ketika haid. Tetapi risiko penularan jangkitan seksual adalah lebih tinggi sekiranya hubungan seks dilakukan tanpa perlindungan, terutamanya jika anda tidak mengetahui status jangkitan pasangan anda. Selain itu, anda juga berisiko menjadi hamil jika anda melakukan seks tanpa perlindungan semasa haid kerana sesetengah wanita boleh mengalami ovulasi (pelepasan telur dari ovari) yang lebih awal dan sperma boleh bertahan di dalam badan wanita sehingga 7 hari.
2.Sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
3 Untuk hamil, wanita harus mengalami ovulasi dan telur yang dilepaskan harus disenyawakan oleh sperma. Malangnya, kitaran haid yang terganggu berkemungkinan merupakan tanda yang anda mempunyai masalah “anovulasi” (ovari tidak melepaskan telur). Maka, maslaah haid tidak teratur boleh menjejaskan potensi anda untuk jatuh hamil.