
Sulit
4 tahun
Masalah kitaran haid yang tidak teratur setiap bulan. Haid datang dalam 10 hari. Next period datang awal 6-4 hari lebih awal
Kitaran haid
12.7-21.7 tempoh haid
Haid seterusnya - 5.8
Kitaran haid
5.8-14-8 tempoh haid
Haid seterusnya - 29.8
Kitaran haid
29.8 - 7.9
Haid seterusnya - 20.9
apakah cara untuk dapat semula kitaran haid yg normal? Adakah ubat yg sy boleh ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid tidak teratur.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab yang menjadikan haid seseorang tidak teratur antaranya :
- Pengambilan ubat kontraseptif
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Bagi merawat masalah haid anda, Doktor perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu supaya mendapat diagnosis yang tepat sebelum meraawat. Setiap penyakit yang dinyatakan diatas memerlukan rawatan yang berbeza. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil mana mana ubat tanpa pemeriksaan Doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor bagi mengetahui kondisi sebenar anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.