Sulit
2 tahun
Masalah kitaran period yang tidak teratur dan datang lebih dari 2 kali dalam tempoh seminggu
Saya merupakan wanita berumur 38 tahun dengan berat badan 95kg dan ketinggian 156cm. Sebelum ini kitaran period saya normal…datang setiap bulan ikut kitaran haid saya. Cuma pada bulan lepas saya lewat dalam seminggu haid.Tempoh haid saya seperti bisa iaitu dalam 6 hari. Tapi setelah 3 hari saya tamat period darah keluar kembali dan tempoh haid kali kedua ialah 5 hari. Setelah seminggu haid saya tamat darah kembali keluar untuk kali ketiga.Saya bimbang kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Ini merupakan kali pertama.Adakah kitaran saya itu normal atau bagaimana doktor.Saya perlukan nasihat dan panduan daripada doktor.Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, perubahan pada kitaran haid, tidak teratur dan 3 kali dalam jangka masa pendik boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Kegemukan (BMI melebihi 25)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti lapisan rahim tebal, fibroid, polip dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pendarahan
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, supaya dapatkan penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.