
Sulit
3 tahun
Masalah kuantiti haid
Saya berumur 18 thn, period saya yg terakhir dtg adalah pda 25/6-9/7 dn sepatutnya dtg blik pda 25/7 mengikut kiraan kitaran haid saya…maaf jika salah pengiraan, then 25/8 selepas saya kencing, saya dapati terdpt mcm lendir ataupn keputihan bercmpur dgn titik merah ttpi terlalu sedikit, hari kedua pn sama…hari ketiga dn keempat tiada, hari kelima keluar mcm ketul daging mcmtu lah, ttapi bila pakai pad, darah itu tidak lekat…darah tu hnya nmpk selepas kencing, then mcm bercmpur keputihan… adakah normal yer😭ini pertma kli saya jdi mcmni Dan sedikit tkut

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid yang berkurangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan haid biasanya dikaitkan dengan masalah hormon dalam badan. Masalah hormon ini boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti :
- Gangguan tekanan
- Penggunaan ubat perancang
- Anemia
- Masalah tiroid
- Berat badan yang berlebihan ataupun berkurangan
- Fibroid
- PCOS
Kami tidak dapat memberikan anda jawapan yang tepat mengenai masalah anda. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan