
Sulit
5 tahun
Masalah kuat pengsan
Assalam doc. Saya masih student dan saya seorang yg akan pengsan bila kena suntikan atau tengok video2 pembedahan. Sampaikan bila nak belajar sesuatu subjek macam Bio, saya rasa geli dan meremang bulu roma. Tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan okeh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- kandungan gula dalam darah rendah
- pengsan akibat situasi yang mendebarkan (situational syncope)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.