
Sulit
5 tahun
Masalah kulit akibat gigitan serangga
Anak perempuan saya berumur 20 tahun. Baru2 ini telah digigit sejenis serangga. Serangga itu seperti telah menjadikan kulit bahagian gigitan sebagai perumah. Boleh dokter bgtau cara rawatannya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, beberapa masalah kulit yang melibatkan gigitan serangga atau binatang adalah seperti berikut:
- kudis buta
- cacing
- semut
Penyakit diatas dapat diubati dengan tepat sebaik dikenalpasti jenis gigitan dan rupa lesi kulit anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.