
Sulit
4 tahun
Masalah kulit atau lain
Doctor, saya perempuan yang mengalami masalah kulit tona yang sangat berbeza. Saya mempunyai gusi gelap seperti perokok sedangkan saya tidak merokok. Saya orang yang berkulit kuning langsat yang boleh dikira sebagai cerah. Selain gusi, lutut, siku dan private parts saya sangat gelap. Warna yang sepatutnya hanya untuk kulit orang gelap. Saya sedikit malu kerana bila saya ketawa jelas nampak gusi saya yang gelap dan lebar.
Saya beranggapan ini merupakan salah satu penyakit. Saya amat risau kerana saya belum berumahtangga. Saya inginkan kepastian adakah ini adalah penyakit atau kajian berkenaan kesihatan tentang masalah saya ini.
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh membuat apa apa kesimpulan daripada gusi gelap anda. Jika tiada kesakitan, ini mungkin perkara yang tidak perlu anda bimbangkan walaupun anda tidak merokok. Kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk membuat kesimpulan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya ingin mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.