
asmahaniishak119
5 tahun
Masalah kulit Dan batuk berkahak
Saya wanita yang berumur 22 tahun. Saya mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan kulit. Saya tahu saya ada masalah kulit iaitu eczema. Tapi sekarang, kulit kepala saya dah berkuping kuping sampai dah macan kelemumur. Itu ada kaitan eczema jgk ke doktor? Kadang kadang kalau saya kopek kuping-kuping tuh ada lendiran air yang berbau. Dan setiap kali itu juga rambut saya gugur. Dan sekarang setiap kali saya masuk ruangan yang beraircond, kulit saya akan menjadi tegang dan pedih sampai saya tak tahan dengan aircond. Adakah ia berkait dengan eczema? Kemudian, yang kahak saya itu akan ada tiap kali saya bangun pagi dan ia berwarna hijau. Saya tak batuk sepanjang masa. Tapi kahak itu selalu ada dan saya akan buang setiap pagi. Kenapa boleh jadi macam ni ya doktor? Saya dah alaminya sekian lama. Saya harap doktor dapat membantu masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Bagi masalah batuk berkahak, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.