
Sulit
3 tahun
Masalah kulit Dan muntah bile minum susu
Saya ingin bertanya ape masalah ank Sy skarang…dye umur 4 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan usus
- Tahi yang keras
- Jangkitan saluran pernafasan
- Bronkiolitis
Perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor dengan segera. Kami sarankan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Usah berlengah dan sekiranya anda mendapat anak anda menunjukkan gejala ini, sila pergi ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera:
- Menangis yang sukar dipujuk
- Bernafas dengan laju
- Demam
- Batuk berkahak
- Muntah
- Lesu dan kurang aktif
- Kurang menyusu
- Kulit kering
- Mata tenggelam
- Kurang kencing atau menukar lampin
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.