
Anonymous
5 tahun
Masalah Kulit di sekitar kelamin
Saya wanita berumur 20’an mempunyai masalah kulit pada sekeliling kelamin. Pada mulanya berasa gatal. Selepas merujuk kepada doktor dan menggunakan ubat yang di berikan oleh doktor, timbul ketulan-ketulan kecil seperti biji-biji. Biji tersebut terasa amat pedih dan gatal. Apabila hampir haid, biji itu semakin gatal. Apakah ubat yang sesuai untuk saya? Adakah ianya sakit kulit di sebabkan fungus bakteria?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi adalah:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan sifilis
- Alahan terhadap produk pencuci
- Terlalu kerap menggunakan pencuci faraj
- Kutil akibat jangkitan HPV
- Muloscum contagiosum; sejenis penyakit kulit yang biasanya disebabkan oleh virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.