
Sulit
3 tahun
Masalah kulit Di telinga Dan tapak kaki
Hi, saya wanita berumur 24tahun. Dah 2-3 bulan yang saya perasan… Blkg telinga saya terjadinya macam kuping kulit yg keyring, berair… Kadang luka Sarah, saya Garu sebab gatal… Dan tapak kaki saya pula ada masalah kering kulit, gatal Dan saya Garu Sarah… Kadang2 berair jgk… Apa kah masalah kulit yg saya alami Dr? Adakah masalah kulit yg sama untuk kedua tempat? Terima kasih

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan kulit. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap [ringworm]
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.