
Sulit
3 tahun
Masalah kulit dibahagian kelengkang
saya sorang wanita berusia 19 tahun mengalami gatal-gatal yang teruk di kawasan kelengkang sehingga mengakibatkan saya sukar berjalan serta tidak boleh untuk memakai seluar dalam…boleh bagi tahu cara untuk menyelesaikanny ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kegatalan yang teruk pada bahagian celah kangkang dan menyukarkan anda untuk berjalan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jerawat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.