
Sulit
4 tahun
Masalah kulit kemaluan kering, keputihan tidak normal. Gatal berbau dan pekat. Sentiasa perlu pakai pantiliner sepanjang masa sejak beberapa tahun
Saya mengalami banyak masalah berkaitan vagina saya. Selalu berasa gatal dan pedih. Saya juga alami keputihan yang tidak normal. Berbau, kekuningan dan likat seperti gel. Saya juga alami satu lagi masalah utama berkaitan vagina. Jika saya tidak memakai pantiliner, kulit kemaluan saya akan jadi kering dan bersisik. Sangat tidak selesa… Mohon doktor beri penjelasan berkaitan masalah saya ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham kerisauan anda mengenai kondisi yang anda sedang alami.
Anda boleh membaca mengenai keputihan dengan lebih lanjut di sini. Namun begitu, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor mengenai masalah ini. Keputihan boleh menjadi normal ataupun tidak normal.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Keputihan yang normal atau fisiologi
- Keputihan ini dapat dilihat dalam wanita yang sedang subur ataupun sebelum datang haid. Kebiasaannya ia berwarna putih atau krim dan kadangkala berlendir.
Keputihan yang tidak normal atau patologik:
- Keputihan ini kebiasaannya menandakan seseorang mempunyai masalah kesihatan. Ia berwarna kekuningan ataupun hijau dan boleh disertakan dengan bau yang busuk. Kawasan persekitaran pula akan menunjukkan tanda-tanda inflamasi seperti kemerahan dan kegatalan.
Terdapat beberapa punca mengapa seseorang mempunyai keputihan yang tidak normal:
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang bersih
- Melakukan seks rambang tanpa perlindungan; ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kelamin
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan bakteria atau yis
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut dan mencari punca sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan mengenai masalah anda dengan lebih lanjut secara peribadi bersama doktor kami di atas talian. Terima kasih.