
Sulit
5 tahun
Masalah kulit kepala atau kelemumur
Saya umur 20 tahun saya mempunyai masalah di kepala dimana seperti kelemumur tetapi saya kurang pasti sama ada kelemumur atau masalah kulit kerana di beberapa tempat ada kesan luka .Adakah ini ezema ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda sampaikan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kerap mandi air panas menyebabkan kulit kepala kering
- ekzema
- seborrheac dermatitis
- psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.