
sampish98
5 tahun
Masalah kulit kepala di depan dan dibelakang kepala
Saya ada masalah kulit kepala dan selepas saya shampoo mesti kemerah merahan dan pedih, dekat dahi saya pun ada jugak, kawan saya cakap saya ada penyakit psoriasis,boleh saya tahu dengan lebih lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit kepala yang dialami boleh jadi disebabkan pelbagai perkara. Anataranya:
- dermatitis seboroik
- akibat jangkitan kulat
- dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.