
Sulit
3 tahun
Masalah kulit kering dan tak selesa sebab rasa gatal dan sakit
Doc ada suggestion ubat tak untuk kulit yg kering sangat area bibir vagina dan celahan … kadang Smpai menggelupas dan rasa nipis plk kulit area situ

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan kekeringan pada bibir & celahan kulit kemaluan (vagina) yang disertai rasa gatal, sakit dan kulit terasa nipis sehingga mengelupas.
Umumnya gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada kulit kelamin
- Kaedah mencuci kemaluan yang salah
- Penggunaan pakaian dalam yang terlalu ketat
- Penggunaan pakaian dalam yang bukan breathable undergarments
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.