Sulit
5 tahun
Masalah kulit muka berminyak
selamat sejahtera doktor. saya sudah mempunyai kulit muka berminyak terutama di bahagian hidung dan bahagian tepinya. bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk mengawal kulit muka berminyak?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit muka berminyak boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Makanan yang tinggi kandungan minyak
- Udara sekitar (berada di dapur atau kawasan yang berhampiran dengan kilang akan meningkatkan risiko muka berminyak)
- Ubatan
Anda disarankan untuk:
- Kerap mencuci muka dengan menggunakan sabun pencuci muka
- Elakkan menggunakan pencuci muka yang mengandungi kandungan pewangi yang tinggi
- Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan makanan berminyak
- Elakkan menyentuh kawasan muka
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































