
tehahnajihahliyana
5 tahun
Masalah Kulit mungkin ekzema mungkin bukan
Anak saya berumur 4 & 10 tahun .
mengalami kulit kering+mnggelupas+ berdarah pada jari kaki mereka & ada gelembung air di jari tgn si kakak & seakan nanah sikit kot kt gelembung tu.
Pernah sapu ubat aquos cream ,si adik 1 jari ok tp jari lain plk yg kena. Kakak, takde kesan. Kesian…sbb sakit katanya…
Doc blh suggest ape yg perlu saya buat… dah 4-5bln camni…kesian anak²

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak semua masalah kulit yang terjadi pada anak-anak adalah ekzema. Malah, selain ekzema gejala yang dialami anak-anak anada seperti kering menggelupas dan berdarah boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dermatitis yaitu keradangan kulit yang terjadi akibat kontak dengan bahan yang menimbulkan alahan, atau bahan yang mengiritasi kulit seperti sabun
- Jangkitan kulit luar seperti impetigo sering terjadi pada anak-anak
- Dermatitis seboroik yaitu apabila terdapat masalah pada bahagian kulit yang berambut
- Scabies yaitu juga dikenali sebagai kudis buta yang terjadi disebabkan sejenis bintanag yang mirip kutu
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anak anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.