
Sulit
3 tahun
Masalah kulit punggung gatal dan menjadi hitam
saya wanita 20an, mencari solusi untuk masalah kegatalan dan menyebabkan kulit menjadi hitam. sudah bermacam-macam ubat cream yang digunakan,untuk mengatasi masalah kegatalan yang dialami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami kegatalan kulit yang menyebabkan bahagian tersebut menjadi gelap dan ingin mengetahui cara mengatasinya.
Untuk makluman anda, kegatalan kulit boleh disebabkan oleh :
- Kebersihan badan yang kurang baik
- Produk yang digunakan adalah tidak sesuai
- Pakaian ketat atau jenis kain yang tidak sesuai
- Reaksi alahan
- Kulit kering
- Jangkitan kuman pada kulit
Untuk mengatasi masalah, anda perlu mengetahui puncanya terlebih dahulu. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor pakar kulit untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda dan cara rawatan yang tepat. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar kulit kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!