
azmirajohar17
5 tahun
Masalah kulit sensitif dan darah banyak
saya seorg wanita berumur 21thn. Saya perasan yg saya ni mempunyai kulit yg sensitif iaitu saya mudah mendapat lebam sekiranya digigit.Selain tu saya juga perasan yg apabila saya luka darah yg kluar banyak walaupun lukanya hanya sedikit.Kadang tu bila tangan tercucuk jarum pun darah yg kluar seperti saya luka terkena pisau Adakah ini satu faktor2 yg saya mmpunyai pnyakit darah cair/ lambat beku?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Kami perlu mengetahui maklumat lain berkaitan latar belakang kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.