Anonymous
7 tahun
Masalah Kulit Wajah Sensitif dan Kulit Wajah Kering Ekstrem
Saya seorang remaja berusia 20an mengalami kulit wajah sensitif dan kulit wajah kering ekstrem. Boleh doktor terangkan bagaimana nak sembuhkan masalah saya ini secepat mungkin?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit muka mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit muka mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Kulit muka sangat kering
- Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai
- Alergi kemungkinan akibat penukaran pencuci muka dan sebagainya.
- Bekas luka pada kulit muka juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































