
Sulit
5 tahun
Masalah kurap dan parut kurap
Saya wanita berumur 20an belom berkahwin. Saya ada masalah kurap di belakang telinga dah bertahun dan baru baru ini saya ada dapatkan rawatan dan telah sembuh sedikit. Soalan saya adakah penyakit ini boleh terjadi kembali dan parut kurap tersebut kekal atau boleh hilang? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit ini boleh dijangkiti semula lagi sekiranya anda tidak menjagai kebersihan kulit anda. Parut kurap ini boleh disembuhkan dengan mengikuti nasihat doktor rawatan anda. Namun, ianya juga berkemungkinan menjadi kekal berdasarkan proses sembuhan badan sendiri anda.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.