
ieraazman13
6 tahun
Masalah kurap / gatal satu badan hingga celah kemaluan
Assalammualaikum , saya mengalami sering gatal satu badan kemudian meninggalkan kesan merah seperti kurap . Pernah sapu ubat daripada farmasi tapi tak sampai sebulan badan saya gatal2 hingga ke celah kemaluan. Apa punca dan ubat yg sesuai untuk mencegah kurap satu badan ni?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Rasa gatal adalah gejala yang kita semua alami. Walau bagaimanapun, gatal boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
Kulit kering
Eczema
Alahan – ubat ataupun makanan
Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
Penyakit Kelamin :seperti Sifilis, Gonorea dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih