
Sulit
5 tahun
Masalah Lebihan Air Dalam Badan
Salam sejahtera Doktor. Ibu saya sekarang ditahan di hospital kerajaan kerana mengalami jantung bengkak,water retention, mslh buah pinggang dengan bacaan creatinin hampir 800, diletakkan keadaan koma. Mohon ‘second opinion’ Dr. kerana ibu saya tidak diletakkan di wad ICU kerana sudah DIL. Apakah boleh berpindah ker hospital kerajaan yang lain kerana cmempunyai kepakaran yang lebih baik… Adakah prosedur hospital kerajaan untuk menunggu hari bekerja bagi menunggu penilaian dari doktor pakar. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang prosedur pemindahan kerana ia berbeza mengikut hospital yang anda ingin tempatkan ibu anda. Namun, anda boleh berbincang dengan pihak hospital anda tentang prosedur tersebut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.