
Anonymous
4 tahun
Masalah lelangit luka
saya wanita berumur 22 tahun mengalami lelangit luka teruk dalam beberapa hari ini . apakah langkah yang perlu saya ambil untuk sembuh ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai penyebab lelangit luka antaranya:
- Ulser
- Luka akibat terkena makanan
- Kekurangan air (dehidrasi)
- Jangkitan mulut
Biasanya luka pada lelangit ini boleh sembuh dengan sendiri dengan rawatan sendiri di rumah seperti minum banyak air, elakkan makanan pedas dan keras serta menjaga kebersihan mulut.
Untuk mengetahui punca masalah luka pada lelangit yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.