Sulit
5 tahun
Masalah Lidah : circumvallate papillae Enlarge , Ulser di Lidah , Candisiasis
Sy berusia 29 tahun. Sejak bulan 1/2020. Saya terasa gatal di lidah. Sy ignore dan pada bulan 3,sy mendapati circumvallate papillae sy kelihat di bhgian blkng lidah. Sy berjumpa doktor di klinik kerajaan pergigian. Dan tarikh jumpa pakar pada 15.6.2020.Agak lewat disebabkan masalah covid 19 pd waktu skrg.Ulser di lidah kadang kala menyerang.Kejap baik…kejap lagi muncul.Candisiasis pun mule menganggu saya. Mulut saya boleh dikatakan masalah gatal sejak hadapi 3 masalah ini. Ape perlu saya buat?saya risau sebab jumpa pakar agak lambat.Kadang2 telinga sy terasa gatal disebabkan mulut sy gatal…Hmm…tolong sy doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad.
Hal ini kerana, sebelum rawatan boleh diberi, kami harus memastikan dahulu gejala yang anda hadapi dan mengetahui punca sebenar masalah anda. Kemudian barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor perubatan di klinik atau hospital sekali lagi sebelum berjumpa dengan doktor pakar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































