
Sulit
4 tahun
Masalah mata atau lens
Hello doc , saya nak tanya kenapa kalau saya pakai lens tak boleh lama, dan kenapa kalau saya pakai lens cepat berair ? Sakit kepala ? Walaupun lens tersebut saya beli di kedai cermin mata? Mata saya bila pakai lens dia akan ada keluar warna kuning macam taik mata dan akan mengeluarkan bau yang busuk ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Contact lens tidak sesuai dengan saiz mata anda
- Kekeringan mata disebabkan contact lens
- Alergen di persekitaran
- Masalah mata yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana anda mengalami cecair busuk yang keluar dari mata. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.