Sulit
4 tahun
Masalah mata kuning dari bangku sekolah lagi
Saya wanita berumur 30an, sudah berkawin dah mempunyai 2orang anak. Saya ada masalah mata kuning dari zaman sekolah lagi. Ciri ciri saya, seorang suka menangis dari sejak kecil hingga ke berumah tangga. Dari sejak sekolah saya ada masalah pagi hari mata saya jadi berair dan bila saya umur 18tahun saya dah mula ada masalah berjerawat batu atau bernanah.
3tahun lepas,saya ada menjalani rawatan tb dan dalam mase rawatan saya ada rujuk doktor desa masalah mata kuning saya, doktor memberitahu kepustusan darah tidak masalah.
Saya bimbang dengan masalah mata kuning saya berterusan kuning. Ramai yang tegur dengan masalah mata kuning saya.
Saya harap doktor perjelaskan masalah saya dan boleh ke hilang masalah mata kuning saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jaundice [Kekuningan badan termsuk mata akibat penyakit hati atau buah hempedu seperti:
- Batu hempedu
- Radang hati
- Jangkitan hati oleh Hepatitis B atau C Virus
- Jangkitan dengue atau malaria
- Kegagalan fungsi hati (liver cirrhosis)]
Sekiranya anda juga mempunyai gejala sakit perut, warna kencing yang gelap, warna najis kerabu atau kegatalan badan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























