
Sulit
2 tahun
Masalah mata kuning
Saya wanita berumur 28thn,saya mempunyai masalah mata kuning,adakah bahaya jika mata kuning?adakah ini berkaitan dengan hati?apa yang saya perlu lakukan untuk atasi masalah mata kuning?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jaundice [Kekuningan badan termsuk mata akibat penyakit hati atau buah hempedu seperti:
- Batu hempedu
- Radang hati
- Jangkitan hati oleh Hepatitis B atau C Virus
- Jangkitan dengue atau malaria
- Kegagalan fungsi hati (liver cirrhosis)]
Sekiranya anda juga mempunyai gejala sakit perut, warna kencing yang gelap, warna najis kerabu atau kegatalan badan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.