
zuesara6
4 tahun
Masalah mata putih jadi kuning
Saya wanita berumur 20, saya ada masalah rabun jauh dan silau,saya ada membeli cermin mata dengan keadaan yang baik, cerminnya putih. Namun kelamaan cerminnya menjadi kuning, saya memakai cermin mata itu hampir setengah tahun dengan keadaan cermin itu kuning, harini saya perasan ada warna kuning pada bebola mata saya, tapi tidak ketara. Adakah kuning dimata saya disebabkan cermin mata atau penyakit dalaman? Terima kasih atas jawapan dan penerangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jaundice [Kekuningan badan termsuk mata akibat penyakit hati atau buah hempedu seperti:
- Batu hempedu
- Radang hati
- Jangkitan hati oleh Hepatitis B atau C Virus
- Jangkitan dengue atau malaria
- Kegagalan fungsi hati (liver cirrhosis)]
Sekiranya anda juga mempunyai gejala sakit perut, warna kencing yang gelap, warna najis kerabu atau kegatalan badan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.