
Sulit
4 tahun
Masalah Mata sentiasa berair, tidak selesa, bertahi dan kena kedip mata untuk dapat penglihatan yang jelas
Saya baru berusia 27 tahun dan saya nak bertanya kenapa mata saya selalu berair dan berasa tidak selesa. Macam ada benda dlm mata tapi bila check tak ada apa2 and saya kena kedip mata banyak kali untuk buat penglihatan saya kembali okay. Lately ni kerap sangat jadi. Saya tak pernah consult dengan mana-mana doctor sebab ingatkan masalah ini perkara biasa. Apa yang boleh saya lakukan doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- epiphora
- konjungtivitis alergik
- infeksi pada kelopak mata
- mata kering (Dry Eyes Syndrome)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.