
lienismail1310
6 tahun
Masalah Mata sentiasa berair, tidak selesa dan bertahi
Sy seorang wanita berusia 42 tahun… Alami masalah seperti di utarakan sejak 10 bulan yg lepas…pelbagai jenis ubat titis saya dah cuba tapi masih dgn keadaan yg sama… Doc jg telah beberapa kali sy jumpa… Ada yg beri antibiotic tapi selepas habis antibiotics masalah yg sama berulang semula… Saya semakin tak selesa dgn keadaan skrg… Harap doc dapat membantu. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah mata berair yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- epiphora
- konjungtivitis alergik
- infeksi pada kelopak mata
- mata kering (Dry Eyes Syndrome)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih