
Sulit
4 tahun
Masalah membuang air besar (berak)
saya susah nak membuang,dah minum banyak air masak tetap susah nak membuang.saya ada makan 1 jenis ubat DULCOLAX. saya akan mkn setiap mlm sebelum tidur dan sudah mengambil hampir setahun.saya nak tahu ada kesan sampingan tak klu saya ambil berterusan. kalau tak mkn ubat tu memang saya susah nk membuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih