
Sulit
5 tahun
Masalah mental dalam kalangan
Saya wanita berumur 22 tahun,ingin menanyakan soalan yang saya tak pasti adakah saya di dalam kelompok yang
Mempunyai ‘mental issue’,
saya mengalami kesedihan dan kemurungan sehinggakan rakan saya menyedari perubahan saya.Adakala saya berasa sangat-sangat sedih tanpa sebab dan menangis sendirian.Dan setiap hari,saya merasakan yang saya tidak ada harapan utk hidup/cepaf putus asa ,selalu menyusahkan orang lain dan rasa berfikir untuk mati.sebelum ni saya pernah mencederakan diri sendiri dengan menoreh di lengan beberapa kali.Ada kalanya,saya rasa resah dengan benda yang belum jadi dan kadang-kadang hilang selera makan dan kadang jadi terlebih lapar.
Dan ada ketikanya,saya berasa takut/trauma dengan seseorang selepas saya beberapa kali putus cinta.walaupun,ada rakan-rakan disisi saya tapi saya merasakan hidup ni sunyi dan kosong…tiada siapa yang ambil peduli pada saya…
Untuk pengetahuan doktor,saya sedar yang mengalami tanda ni pada 2 tahun yang lalu.ketika itu saya baru saja kehilangan pekerjaan…saya banyak terkurung didalam bilik.
Seperti diceritakan,adakah saya mempunyai simptom2 depresi…perlukah saya berjumpa dengan doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda hadapi berkemungkinan daripada dasar masalah psikiatri, terutamanya kemurungan. Namun begitu, diagnosa kemurungan ini perlu dilakukan dengan lebih teliti dengan memberi lebih banyak informasi kepada doktor supaya diagnosa boleh ditentukan dan rawatan boleh dilaksanakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana masalah mental ini memerlukan pakar untuk menanganinya Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.