
syuhadah.saaim
4 tahun
Masalah mental dan stress
Saya wanita 32 tahun, semenjak setahun kebelakangan ini, bila saya merasa terlalu stress dengan masalah rumahtangga, saya mula memukul dan menumbuk kepala saya, menampar muka, dan menikam-nikam lengan dengan benda seperti sudu sehingga lebam dan merasakan kelegaan emosi bila berasa sakit. Adakah saya perlu berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sifat mencederakan diri yang anda jelaskan harus dibawa bicara dengan seorang pakar psikologi atau doktor pakar. Ini adalah untuk kebaikan dan kesihatan mental anda. Oleh kerana ini berkaitan dengan rumah tangga anda juga, mungkin terapi pasangan di mana suami anda perlu turut hadir akan disarankan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.