
Sulit
4 tahun
Masalah mental dlm kalangan remaja
Saya baru di diagnosed dgn depression last week and dlm minggu ni mmg jelas saya nmpk yg diri saya selalu rasa sedih. But dalam satu hari tu, ada masa yg saya rasa kosong, sebersalah, sedih dan kadang2 rasa nak mengamuk sbb sedih dgn diri sendiri. And ada masa yg saya rasa ok je… Tak high pon la… Biasa2 je…mcm normal pon ada jugak. Kalau mcm ni dikatakan depress jugak ke?atau ada masalah mental yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depresi. Untuk makluman anda, masalah depressi boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berasa sedih selama dua minggu berturut turut, kurang selera makan, tidur yang tidak nyenyak, hilang minat pada hobi atau aktiviti yang disukai, sukar memberi tumpuan dan bangun lebih awal daripada biasa.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pelbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- Tekanan emosi
- Kemurungan
- Keresahan
- Masalah gangguan hormon
- Kurang rehat
Anda dinasihatkan untuk:
- Luahkan perasaan dengan segelintir keluarga atau rakan yang memahami. Lebihkan luahan masa dengan mereka bagi mendapatkan aura yang positif dari mereka yang sedia untuk menjadi peneman.
- Amalkan kepercayaan masing-masing bagi membina kerohanian diri demi keyakinan yang diinginkan.
- Lebihkan senaman. Anda boleh mengamalkan beberapa senaman ringan yang mudah di rumah.
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan kerenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Sila hubungi talian organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih