
Sulit
4 tahun
Masalah Mental yang dialami oleh remaja
Saya perempuan berusia 16 tahun mengalami masalah depression dan anxiety dan perlukan maklumat yang lebih lanjut tentang masalah saya, saya juga perlukan nasihat tentang ‘perlukah saya memberitahu orang tentang masalah saya?’. Saya jenis pendam dan susah untuk saya meluahkan sesuatu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depressi boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berasa sedih selama dua minggu berturut turut, kurang selera makan, tidur yang tidak nyenyak, hilang minat pada hobi atau aktiviti yang disukai, sukar memberi tumpuan dan bangun lebih awal daripada biasa. Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.
Namun, kemungkinan besar masalah depressi boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.