
Sulit
4 tahun
Masalah mental yang saya alami
hello doctor,saya perempuan berumur 18 tahun…saya nak tahu masalah mental saya…saya sering berasa gelisah tanpa sebab,saya juga sering terketar badan dan berasa takut apabila teringat persitiwa buruk yang berlaku dkt saya …saya suka menangis dan mengurungkan diri saya di dlm bilik apanbila saya sedih,takut dan stress…saya mengalami gangguan tido sejak berumur 13 tahun…saya susah tido pada waktu malam dan berasa mengantuk ketika waktu siang…saya cuma tido 2 hingga 3 jam sehari sahaja…saya sering sedih dan rasa hidup saya tak berguna…saya banyak kali mencederakan diri saya dengan menumbuk dinding hingga tangan saya berdarah dan suka menoreh tangan saya ketika saya sedih,stress atau marah…saya sering sakit dada,pening kepala,mual dan muntah secara tiba tiba atau ketika saya teringat peristiwa buruk yang pernah terjadi…selera makan saya makin lama makin hilang,muka saya menjadi semakin pucat …saya lebih suka menyendiri dan lebih suka memendam…saya mudah terasa dengan sesuatu perkara…saya kurang bersosial dgn org sekekliling…aktiviti saya tergnggu ,saya tak dapat nak lakukan sesuatu perkara dengan fokuss…semua perkara ni berlaku ketika saya berumur 13 tahun tapi keadaan saya menjadi semakin teruk ketika saya berumur 18 tahun hingga keluarga dan rakan rakan menyedari perubahan saya…saya nak tahumasalah mental saya doctor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.