Sulit
4 tahun
Masalah nafas tak puas atau tak lepas
Saya wanita berumur 40an. Saya merupakan pesakit asma. Ketika ini saya menggunakan 2 jenis inhaler iaitu Symbicort (pagi & malam) dan Ventolin (bila perlu). Sejak menggunakan inhaler Symbicort, serangan asma saya semakin berkurangan. Masalahnya ketika ini saya sering mengalami keadaan masalah nafas tak puas atau tak lepas. Kadang-kadang saya perlu menguap supaya dapat kepuasan atau bernafas dengan lebih dalam. Diharap dapat penjelasan dar doktor. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma itu sendiri
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.