
Sulit
3 tahun
Masalah Non-erosive Reflux Disease
Saya lelaki berumur lewat 30-an. Saya telah disahkan menghidap Laryngopharyngeal Reflux dan Non-erosive Reflux Disease. Adakah saya kena kurangkan makan makanan berasid untuk kurangkan simptom seperti ada sesuatu dalam tekak dan suara sedikit garau? Bagaimana nak mengenalpasti makanan yang saya makan tu berasid atau tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Terdapat beberapa langkah yang boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.