Sulit

4 tahun

Masalah Otak Atau Gangguan Jiwa

Salam sejahtera doc. Saya seorang remaja perempuan. Saya sering mengalami gejala delusi dan halusinasi. Selain itu, saya sukar mempercayai orang lain termasuk ahli keluarga. Saya selalu mendengar suara2 memanggil nama saya atau ketawa dan marah2 pada saya. Suara2 tersebut seakan kedengaran seperti trauma saya yang dahulu. Selain dari suara begitu, saya dengar suara mesra atau marah2 yang langsung saya tak kenal pemilik suara2 itu. Kadang2 saya berasa seperti ada orang menghendap saya atau menyorok serta melihat saya dari jauh. Saya sering kedengaran tapak kaki orang berjalan, bunyi ketukan pintu atau almari dan dengar bunyi pintu dibuka atau gril dibuka. Padahal tiada sesiapa. Setiap hari saya sakit kepala yang tersangat dan mengalami cirit birit berdarah. Muka saya juga sering pucat. Selain itu, saya mudah mendapat jangkitan kulit. Tubuh saya juga banyak kesan parut atau lebam. Saya juga gelisah sepanjang masa. Setiap hari saya akan kurang makan atau lebih makan. Tapi, setiap malam saya tidak boleh tidur atau terlebih tidur. Namun, setiap kali saya bangun tidur, saya berasa lelah dan tak larat. Saya juga malas mandi, keluar rumah atau buat apa2pun. Saya rasa panik bila keluar rumah atau apabila ramai orang di sekeliling saya. Saya juga boleh jadi kekok bila berhadapan dengan orang ramai. Contohnya, saya akan berdiri lama dalam satu situasi itu. Tubuh saya juga sering kebas. Saya sering berasa kawan2 sekolah saya ingin berbuat jahat pada saya. Selain itu saya berasa tv menyiarkan tentang saya. Saya sering berasa tercekik. Kadang2 saya sedang berehat, saya berasa leher saya seperti kena hiris dengan pisau oleh seseorang. Saya sering melihat bayangan hitam atau orang… Ataupun sesuatu barang itu saya rasa seperti orang. Saya sering bangun tidur secara mengejut kerana berasa ada orang pukul saya atau menjerit kepada saya. Saya sering berasa ada serangga merayap di tubuh saya. Saya sering bau sesuatu yang busuk atau wangi… Namun bila saya cari dari mana bau itu, tidak ada apa2pun… Saya mudah marah2 dan mengamuk tanpa sebab logik. Saya tidak boleh bertindak balas dengan kasih sayang. Saya mudah marah dan jijik. Dan, saya rasa seperti dapat menafsir kehidupan seseorang itu. Contohnya, kawan2 saya… Apabila saya melihat mereka seorang demi seorang… Saya seperti dapat nampak kehidupan mereka pada masa hadapan. Saya nampak apa yang terjadi kepada mereka… Saya nampak kehidupan mereka sama ada baik mahupun buruk. Saya seperti dapat membaca masa hadapan seseorang itu… Hubungan saya dengan seseorang juga mudah rosak. Saya sering berasa mahu memukul seseorang yang buat saya marah2. Saya juga sering menyeksa haiwan… Kadang2 saya berasa seperti saya jin. Saya sering lupa walaupun baru lepas 5 minit. Saya juga sentiasa dengar lagu rancak walaupun emosi saya sedang sedih. Saya menyimpan dendam terhadap semua orang. Saya sering mengganggap saya mempunyai penyakit2 kritikal. Boleh doc jelaskan apakah masalah saya dan jenis rawatan?

Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.

kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:

  • Stres berlebihan
  • Kurang rehat
  • Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
  • Skizofrenia
  • Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
  • Penyakit bipolar serta psikosis
  • Penyakit kemurungan serta psikosis

Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda.

Antara jenis rawatan yang diberikan adalah:

  • Terapi kognitif
  • Ubat-ubatan; namun ubat ini memerlukan preskripsi doktor sebelum anda menggunakannya

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan inginkan penerangan yang lebih cerah, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

AdobeStock_116742283

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)