
Sulit
3 tahun
Masalah pada alat kelamin lelaki
Saya lelaki berumur 19 Saya nak tanya , saya rasa saya mengalami tanda-tanda mati pucuk pada alat kelamin saya kerana dia tidak tengang macam biasanya adakah itu tanda-tanda mati pucuk atau penyakit dan rawatan apakah yang saya perlu ambil samaada makan ubat atau mendapatkan saran dari doktor dulu sebelum memakan ubat

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami masalah kemaluan yang tidak tegang seperti biasa melalui keterangan yang diberikan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk seperti
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Trauma kepada alat kelamin
Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor