Sulit
5 tahun
Masalah pada kulit scrotum
Hai doktor.saya ada masalah pada kulit scrotum saya.dia tumbuh biji² seperti isi jerawat.dan ia agak keras dan tak pecah seperti jerawat.dan ia agak banyak.tp tidak sakit.cuma gatal kadang².apa nama penyakit tu ye? Apa puncanya dan solusinya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai punca antaranya:
- Jerawat biasa
- Penyakit kelamin
- Jangkitan kuman
- Komplikasi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































