
Sulit
3 tahun
Masalah panau kepada bayi berusia 1tahun
Hello saya nak tau macam mana nk hilangkan tompok macam panau… Adakah ia memang betul panau kepada budak kecil berumur 1thun

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kelainan kulit yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir lazimnya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Walau bagaimanapun terdapat tanda lahir yang mungkin merupakan tanda atau gejala bagi penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
Umumnya kelainan kulit tersebut boleh disebabkan oleh:
- Salmon patch
- Hemangioma Strawberi
- Port Wain
- atau gejala kelainan kulit yang lain (panau, eczema, dll.)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh doktor umum atau sebaiknya doktor pakar kesihatan kanak-kanak. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.